CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 29, 2011

Ego???

ego???
kenapa mesti ada ego eh???

ishh and ladies selalu ckp yang lelaki lebih ego dari gurl...
but the truth is...kalo laki ego dye x msj selamat malam kt pompuan dye suke..
kalo laki ego dye  x mulakan msj dulu dgn orang yang dye suke..
aku rase laki mmg ego tetapi lelaki sanggup buang ego dye bile berdepan dgn orang yang dye sayang..but how about girl...sanggup ke dorang buang ego dorang sbb laki yang dye sayang..hhaha aku xde jawapan dye..girl je ada...soo for me lah kan..ego niee mesti bertempat k..jgn nak ego sangat sampao diri tuu dah menyesal nanti...renung-renungkan sampai termenung k...

Monday, October 10, 2011

Kenali Personaliti warna melalui tarikh lahir

23 November hingga 1 Disember – Merah
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

MAROON

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG

Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU

Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN

Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

Personaliti lelaki


Aries (21 Mac-20 April)
Perwatakan: Anak mak! Smart.. Intelligent (boleh laa)..
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (betul).. Jejaka Aries suka wanita yang sopan santun, penuh tata-tertib.. Sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah.. Kalau tidak, janganlah main-mainkan hatinya.. Hati dah luka sukar nak dibaiki.. Macam motor yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik..
Leo (24 Julai-23 Ogos)
Perwatakan: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayanginya.. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego (kadang-kadang je ego).. Pandai berkata-kata..
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya.. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti yang ada pada jejaka Leo..
WARNING: JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. Mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik mengadu kat mak..
Virgo (24 Ogos-23 September)
Perwatakan: Pemalu, tak pandai mengawal emosi.. Suka mencari perhatian dari perempuan..
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap (cerewet pulak si virgo nie).. So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran.. Kuat merajuk..
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang over-over.. virgo ini gatal.. kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia..
Libra (24 September-23 Oktober)
Perwatakan: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan ‘last minute’.. Seringkala kontrol macho depan perempuan..
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself..
WARNING: So bila nak date.. pakailah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang ni semua hensem..
Scorpio (24 Oktober-23 November)
Perwatakan: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive.. Tak suka berkongsi perempuannya dengan orang lain..
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio.. (jangan kata tak kasi warning)..
Cancer (22 Jun-23 Julai)
Perwatakan: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya.. (berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya.. nanti habis duit dikebas..
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..
Sagitarius (23 November-21 December)
Perwatakan: Fuyoooh.. siapa dapat memang untung.. Sagitarius orangnya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous..
Tips utk memikat: Sentiasa adakan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosankan..
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’..
Capricon (22 December-20 Januari)
Perwatakan: Egoistic, ada batu duduk dalam itu kepala.. pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluahkan perasaannya.. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda..
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepaslah kau nanti..
Aquarius (21 Januari-19 Februari)
Perwatakan: Pijak semut tak mati.. Suka yang cantik dan menarik perhatian..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you..
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..
Pisces (20 Februari-20 Mac)
Perwatakan: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan.. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila..
WARNING: Mungkin bakal jadi playboy..
Taurus (21 April-21 Mei)
Perwatakan: Mencabar, garang seperti singa, takut seperti tikus.. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri.. Suka Bantu orang lain..
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar sorang-sorang.. kesian takde orang lain layan..
Gemini (22 Mei-21 Jun)
Perwatakan: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasannya..
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hatinya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua..
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran.. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer..

Kenali Diri Melalui Bulan Kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik